top of page
Search

NAK PERGI UMRAH TAPI BELUM VAKSIN LAGI?

  • Writer: klinikidinamik
    klinikidinamik
  • Dec 18, 2022
  • 1 min read

Klinik i-Dinamik menawarkan perkhidmatan vaksin bagi mereka yang akan mengerjakan umrah.


Kami menyediakan pakej dengan harga yang termurah hanya RM400 untuk vaksin Meningococcal, Pneumococcal dan Influenza.


Kenapa vaksin ini penting?


Vaksin Meningococcal :Sangat penting bagi mengelakkan penyakit Meningococcal Meningitis yang bersifat sporadik di seluruh dunia.


Penyakit ini boleh tersebar melalui kontak rapat meliputi transmisi secara aerosol dan droplet daripada sistem respiratori (hidung dan pharynx pesakit yang sedang dijangkiti kuman tersebut, pesakit, atau pembawa yang asimptomatik). Inkubasi bakteria adalah sekitar 2-10 hari (selalunya 3-4 hari) sebelum seorang pesakit mendapat gejala.


Vaksin meningococcal perlu disuntik 1x sahaja dalam tempoh 2 minggu sebelum tarikh mengerjakan umrah.


Vaksin meningococcal tahan untuk 5 tahun setelah suntikan pertama


Vaksin pneumococcal:


Vaksin pneumococcal penting untuk mengelakkan daripada jangkitan berpunca daripada bakteria S.pneumoniae yang sering dijumpai di saluran pernafasan. Dengan pengambilan vaksin ini, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan paru-paru (pneumonia) dan lebih berat lagi boleh menyebabkan jangkitan dalam darah (sepsis).


Vaksin ini amat dianjurkan bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil, warga emas, pesakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, buah pinggang dan lain-lain


Vaksin pneumococcal tahan untuk 5 tahun setelah suntikan pertama.


Vaksin influenza:


Vaksin influenza adalah vaksin yang penting untuk mengelakkan daripada jangkitan virus influenza yang boleh menyebabkan gejala demam batuk selsema. Cara jangkitan adalah secara droplet. Vaksin ini amat dianjurkan bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil, warga emas, pesakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, buah pinggang dan lain-lain.


Vaksin influenza tahan untuk 1 tahun setelah suntikan pertama.


Apa tunggu lagi jom ke Klinik i-Dinamik untuk dapatkan vaksin.

 
 
 

Comentarios


bottom of page