top of page
  • Writer's pictureklinikidinamik

Rawatan Luka Kencing Manis & Luka Kronik

Updated: Feb 12, 2023


PERNAHKAN ANDA MENDENGAR TENTANG ADVANCED WOUND CARE ATAU RAWATAN LUKA KAEDAH MODERN?


Anda tidak perlu melalui komplikasi luka yang kronik lagi sekiranya rawatan luka moden ini dijalankan dengan AWAL.


Proses penyembuhan luka boleh dipercepatkan melalui pelbagai kaedah modern untuk rawatan luka telah diwujudkan di pasaran.


APAKAH ITU LUKA?

Luka adalah kulit yang terkoyak, dipotong atau dicucuk sehingga menyebabkan kerosakan pada sel-sel kulit, membran mucus dan tisu organ.


Faktor-faktor yang boleh menyebabkan luka termasuklah :

1. Trauma oleh objek tajam atau Pembedahan

2. Terbakar oleh haba atau bahan kimia

3. Kecederaan disebabkan oleh tekanan pada kulit

4. Ulser kencing manis

5. Ulser venous terjadi akibat pengaliran darah terjejas pada urat kaki



BAGAIMANA LUKA SEMBUH?

Penyembuhan luka melalui beberapa proses secara semulajadi.


Terdapat 4 Fasa Proses Penyembuhan Luka iaitu


1. Haemostasis – untuk menghentikan pendarahan pada luka dan membentuk darah beku bagi mengaktifkan proses membaikpulih luka


2. Keradangan /Inflamasi– proses ini penting untuk membunuh kuman dan menghapuskan serpihan debris pada luka (4-6 Hari)


3. Proliferatif – Luka akan diisi melalui proses granulasi dan luka akan mengecut. (4 hari – 24 hari)


4. Pemodelan Semula Luka – Tisu yang baru akan melalui proses ini dan menjadi matang. (21 hari -2 tahun)



BAGAIMANA PAKAR LUKA KAMI MERAWAT LUKA ANDA?

Pakar luka di klinik kami akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memberikan rawatan yang sesuai untuk setiap pesakit luka.


Pakar luka akan menilai jenis luka dan sama ada terdapat jangkitan kuman pada luka yang boleh menghalang proses penyembuhan luka.


Luka yang tidak mendapat rawatan awal akan menjadi luka kronik dan boleh menyebabkan jangkitan kuman yang boleh memasuki saluran darah sehingga menyebabkan sepsis (jangkitan darah satu badan).


Keadaan ini juga boleh menyebabkan kehilangan bahagian anggota kerana terpaksa amputasi bagi menyelamatkan nyawa dan boleh membawa maut.


Pesakit luka mungkin memerlukan rawatan antibiotik dan ujian tissue culture & sensitivity untuk mengenalpasti jenis kuman yang membiak pada luka.


Oleh itu, sekiranya anda mempunyai luka yang bengkak, bernanah, berbau, merah di sekitar kulit, atau merasa panas dan sakit pada kulit di sekitar luka, anda harus mendapatkan rawatan dengan segera di klinik yang berdekatan.


Pesakit yang menghidapi kencing manis kadang-kadang tidak berasa sakit yang luka tersebut disebabkan komplikasi saraf yang kurang sensitif.


Klinik i-Dinamik boleh membantu merawat luka kencing manis atau luka kronik anda kaedah-kaedah modern dengan pendekatan Advanced Wound Dressing –sama ada perlu wound debridement, vacuum dressing atau special dressing.


Wound debridement akan dijalankan melalui oleh Pakar dengan bius setempat bagi membuang jaringan tisu yang tidak sihat.

Bagi pesakit luka yang lebih berani untuk mencuba, pakar boleh menyarankan Maggot Debridement Therapy. Maggot atau ulat dari spesies lalat tempatan yang dibiak di makmal akan diletakkan pada luka untuk membersihkan jaringan tisu mati atau serpihan pada luka. JAKIM telah mengeluarkan sijil halal untuk ulat tersebut. Setelah luka dibersihkan oleh ulat-ulat tersebut, rawatan luka dengan special dressing akan diteruskan.


Rawatan luka secara holistik perlulah disertai dengan memastikan pesakit berada pada tahap kesihatan yang optimum. Oleh itu, pemakanan yang sihat dan kawalan gula yang baik (untuk pesakit kencing manis) AMATLAH PENTING untuk proses penyembuhan luka yang cepat.


Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini, boleh hubungi kami untuk temujanji dengan pakar luka kami.


Proses penyembuhan luka boleh dipercepatkan melalui pelbagai kaedah moden untuk rawatan luka telah diwujudkan di pasaran.


Alamat No. 15, Ground Floor, Jalan Klang Sentral 10/KU5, Klang Sentral, 41050 Klang, Selangor, Malaysia



Whatsapp +60 12-5250089








PROMOSI !!!


LUKA KENCING MANIS ULSER TEKANAN ULSER VENA LUKA SELEPAS PEMBEDAHAN LUKA LAMA TAK SEMBUH -SEMBUH


PERCUMA KONSULTASI SAHAJA UNTUK WAKTU YANG TERHAD




WAKTU OPERASI : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM


HUBUNGI KAMI DI :


Alamat : No. 15 ground floor, Jalan Klang sentral 10/KU5, Klang Sentral Bukit Raja , 41050 klang, Selangor.



10 views0 comments

Commentaires


bottom of page