top of page
  • Writer's pictureklinikidinamik

PAKEJ PEMERIKSAAN DARAH UNTUK SARINGAN KESIHATAN WANITA DAN LELAKI


Saringan kesihatan amat penting dijalankan oleh setiap individu untuk mengesan penyakit tidak berjangkit atau Non-communicable disease (NCD) dengan awal. Sekiranya anda berumur 18 tahun ke atas, anda amat digalakkan untuk menjalani pemeriksaan ini. Anda juga digalakkan untuk membuat pemeriksaan lebih awal sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga NCD, Contoh penyakit NCD termasuklah penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung, kolesterol yang tinggi, penyakit gout, strok, penyakit buah pinggang kronik, kanser dan lain-lain.


Pengesanan penyakit NCD secara awal sebelum terdapat sebarang gejala membolehkan rawatan dijalankan dengan segera berserta dengan perubahan gaya hidup yang sihat. Risiko kerosakan pada organ-organ dalaman akibat penyakit NCD juga dapat dicegah sekiranya penyakit NCD dapat dikesan dengan awal.



PAKEJ PERMERIKSAAN DARAH UNTUK SARINGAN KESIHATAN WANITA DAN LELAKI


  1. Saringan Kesihatan Untuk WANITA

    - Konsultasi dan pemeriksaan fizikal

    - Pemeriksaan payu udara secara manual

    - Saringan darah tinggi

    - Body Mass Index (BMI)

    - Ujian darah (Full dan tumour markers untuk wanita (Liver/ Ovary/Pancreas/ Breast, Colorectal)

    - Ujian Air Kencing

    - Scan ultrasound untuk ovari dan rahim

    - Pap Smear (Ujian Pangkal Rahim) untuk saringan kanser serviks


  2. Saringan Kesihatan Untuk LELAKI

    - Konsultasi dan pemeriksaan fizikal

    - Saringan darah tinggi

    - Body Mass Index (BMI)

    - Ujian darah (Full dan tumour markers untuk lelaki  (Liver/ Prostate/Pancreas/ Colorectal)

    - Ujian Air Kencing

    - Scan ultrasound untuk prostat dan pundi kencing Bagi yang berminat untuk melakukan saringan kesihatan bersama dengan ujian darah dan air kencing boleh booking atau walk-in terus ke Klinik i-Dinamik. DIWAJIBKAN UNTUK BERPUASA 6-8 JAM SEBELUM MELAKUKAN UJIAN DARAH.


    Ujian darah dan air kencing hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan keputusan hanya mengambil masa 1-2 hari bekerja sahaja.











19 views0 comments

Comments


bottom of page