top of page
  • Writer's pictureklinikidinamik

RAWATAN LUKA KENCING MANIS/LUKA KRONIK DENGAN RAWATAN LUKA KAEDAH MODEN (ADVANCED WOUND CARE)

Adakah anda mempunyai:

  • Luka Kencing Manis (Diabetic Foot Ulcer)

  • Ulser Tekanan (Pressure Ulcer)

  • Ulser Vena (Venous Ulcer)

  • Luka selepas pembedahan (Post operative wound)

  • Luka lama yang tak sembuh-sembuh (Chronic wound)


PERCUMA KONSULTASI/PEMERIKSAAN LUKA UNTUK WAKTU YANG TERHAD


Doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan dan gejala semasa. Beliau juga akan menjalankan pemeriksaan luka yang menyeluruh ke atas pesakit dan mencadangkan rawatan luka kaedah moden atau Advance Wound Dressing yang paling sesuai untuk luka tersebut. Terdapat banyak jenis advance wound dressing yang ada di pasaran. Doktor akan mengesyorkan jenis dressing yang paling sesuai berdasarkan penilaian luka anda.


Sekiranya perlu, doktor akan menjalankan wound debridment atau pembedahan kecil di bawah bius setempat untuk membuang tisu-tisu yang tidak sihat daripada luka anda. Swab Culture & Sensitivity (C&S) untuk mengenalpasti jenis kuman (bacteria) yang terdapat pada luka juga akan diambil sekiranya doktor mendapati bahawa luka berkemungkinan lambat sembuh akibat jangkitan kuman. Ujian ini juga dapat membantu untuk mengenalpasti jenis antibiotik yang lebih tepat untuk membasmi kuman yang sedang membiak pada luka.


Di klinik kami, kami turut menyediakan rawatan luka kaedah moden yang lain seperti vacuum dressing, maggot dressing dan laser selepas konsultasi bersama Pakar Luka kami.


Untuk tempoh yang terhad sahaja, kami akan memberikan konsultasi secara PERCUMA pada temujanji yang pertama.


Jangan tunggu lagi, JOM dapatkan konsultasi pertama anda dengan kami!




WAKTU OPERASI : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM


HUBUNGI KAMI DI :


Alamat : No15 ground floor , jalan klang sentral10/ku5, klang sentral Bukit Raja , 41050 klang,Selangor.




7 views0 comments

Comments


bottom of page